Timbalan Speaker Knesset Ceroboh al-Aqsa, Polis Bertempur Dengan Jemaah

aqsaAL-QUDS, 16 Julai 2014 (Ma’an) — Pertempuran tercetus di antara para jemaah dan pasukan polis Zionis di perkarangan masjid al-Aqsa pagi semalam. Ketika kejadian, polis Zionis sedang mengiringi timbalan speaker parlimen Knesset yang berhaluan kanan, Moshe Feiglin, memasuki perkarangan masjid.

Feiglin dilaporkan memasuki masjid al-Aqsa dan mula menyampaikan syarahan di hadapan kamera TV berdekatan kubah as-Sakhra, dengan menyatakan sokongan beliau kepada tindakan rejim Zionis menyerang penduduk Gaza.

Para jemaah cuba menghentikan ucapan beliau dengan launganĀ “Allahu Akbar.” Ketika inilah polis Zionis bergegas memasuki perkarangan masjid dan menyerang para jemaah serta pekerja Kementerian Wakaf yang berada di situ.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Related Posts