Timbalan Speaker: Pembatalan kawalan pintu elektronik adalah perangkap Zionis

GAZA, 26 Julai 2017 — Timbalan Pertama Speaker Legislatif Palestin (PLC), Ahmad Bahar, memberi amaran bahawa rejim Zionis memerangkap penduduk Palestin dengan membuang semula pintu-pintu elektronik alat pengesan logam di Masjid al-Aqsa.

Dalam ucapan beliau di Gaza, Ahmad Bahar mendakwa bahawa pemasangan kamera keselamatan pintar adalah jauh lebih merbahaya dariapda alat-alat pengesan logam tersebut. Tegasnya, al-Quds merupakan isu utama penduduk Palestin yang tidak boleh dihadkan hanya kepada isu yang dilakukan oleh rejim ke atas al-Aqsa semata-mata, tetapi perlu kepada usaha meningkatkan penentangan terhadap penjajahan.

(PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts