Tinjauan : Hampir Separuh Golongan Muda Amerika Percaya Israel Sengaja Membunuh Warga Awam

Satu tinjauan yang dijalankan oleh The New York Times/Siena College mendedahkan 48% daripada golongan muda Amerika percaya Israel sengaja menyebabkan kematian warga awam di Gaza.

3/4 daripada responden kumpulan ini menyatakan Israel tidak melakukan persediaan yang cukup untuk mengelakkan kematian orang awam. Ini bermakna pihak Israel sengaja menyasarkan orang awam.

Mereka yang berumur 18-29 tahun mengkritik pendekatan Joe Biden terhadap perang Gaza dan sokongan beliau pada Israel. Responden yang berumur 65 tahun dan keatas, menyokong aktiviti ketenteraan Amerika akan menghampiri 3 bulan.

Tinjauan menunjukkan ketidaksetujuan yang signifikan dalam kalangan golongan muda Amerika terhadap tindakan Israel, dengan hampir 70% mengesyorkan agar Israel menghentikan perang walaupun matlamatnya untuk membebaskan tawanan dan menghapuskan HAMAS tidak tercapai.

Selain itu, 46% daripada responden muda menyatakan simpati terhadap rakyat Palestin, berbanding 27% yang bersimpati terhadap Israel. Lebih daripada 70% tidak bersetuju dengan cara Presiden Biden mengendalikan konflik Israel-Palestin.

Amerika Syarikat konsisten menyokong Israel sepanjang konflik ini, memberikan sokongan diplomasi dan berbilion dolar bantuan ketenteraan.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts