NEW YORK, 25 Dis 2017 — Selepas PBB membuat undian membantah deklarasi Donald Trump mengisytihar Baitulmaqdis sebagai ibukota negara haram Zionis, presiden Amerika itu mengumumkan rancangan memotong sebanyak US$285 juta daripada dana bantuan untuk badan dunia itu bagi bajet sesi 2018-2019.
Tindakan ini adalah susulan ugutan Trump minggu lalu untuk menghukum mereka yang menyokong usul tersebut, yang mendesak Trump menarik balik pengisytiharannya.
(IMEMC)