ISTANBUL, 15 Mei 2018 — Presiden Recep Erdogan mengisytiharkan tempoh tiga hari berkabung dan menyeru demonstrasi besar-besaran pada hari Jumaat bagi membantah pembunuhan 58 penduduk Gaza semalam.
“Pada hari Jumaat, kita akan berkumpul secara besar-besaran di Dataran Yenikapi. Sebagai menzahirkan solidariti kepada saudara Palestin kita, kita akan mengadakan perhimpunan di Diyarbakir pada hari Ahad,” kata Erdogan ketika berucap kepada kumpulan pelajar di London. Beliau sedang mengadakan lawatan tiga hari ke England.
Terdahulu, Erdogan menuduh rejim Zionis sebagai “negara pengganas” dan melakukan pembunuhan besar-besaran. Turki telah menghalau pulang duta Zionis ke Ankara, Eitan Naeh, dan konsul jeneral Zionis ke Istanbul, Yossi Levi Safri.
(PIC, Hareetz)