Turki bina semula 9 buah masjid di Gaza

ANKARA, 15 Nov 2016 (Anadolu) — Jabatan Hal Ehwal Agama Turki telah siap membina semula sembilan buah masjid yang dimusnahkan oleh tentera Zionis dalam serangan pada tahun 2014 lalu, melibatkan kos sebanyak US$4.5 juta.

Kenyataan jabatan tersebut hari ini menyebut semua masjid terbabit kini sedia untuk digunakan dan akan dibuka secara rasmi pada bulan hadapan.

Sebanyak 64 buah masjid musnah dan 150 lagi rosak dalam serangan selama tujuh minggu itu. Seramai 2,150 penduduk Gaza terbunuh dan ribuan yang lain cedera, meninggalkan runtuhan bangunan dan infrastruktur yang kebanyakannya masih belum dapat dipulih sehingga ke hari ini.

Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts