Turki: Pemulihan hubungan tidak bermakna membiarkan Palestin diserang

ANKARA, 23 Ogos 2016 (PIP) — Kementerian Luar Turki mengecam serangan tentera Zionis ke atas penduduk awam Palestin di Gaza semalam.

Kenyataan kementerian menyebut, “Pemulihan hubungan negara kami dengan rejim Zionis bukan bermakna kami boleh bersikap diam terhadap serangan ke atas rakyat Palestin di Gaza. Namum sebaliknya kami akan terus membela isu Palestin dalam berhadapan dengan tindakan rejim Zionis yang bertentangan dengan undang-undang antarabangsa dan hak kemanusiaan.”

Pada akhir bulan Jun lalu Turki memulihkan hubungan dengan rejim Zionis setelah terputus sejak insiden serangan ke atas kapal kemanusiaan Mavi Marmara pada tahun 2010. Menurut Perdana Menteri Turki, Ben Ali Yildirim, pihak Tel Aviv telah memenuhi syarat-syarat yang dituntut oleh Turki bagi memulihkan semula hubungan.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts