Turkiye tidak benarkan Presiden Israel menggunakan ruang udara menuju Azerbaijan

Turkiye menghalang Presiden Israel, Isaac Herzog daripada menghadiri Persidangan Pihak-Pihak ke-29 (COP29) Konvensyen Rangka Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Baku awal minggu ini.

Kerajaan Turkiye menolak kebenaran pesawatnya memasuki ruang udara Turkiye.

Agensi berita rejim, Ynet mengatakan perjalanan tersebut dibatalkan kerana Turkiye menolak untuk membenarkan pesawat Isaac Herzog memasuki ruang udaranya.

Rundingan intensif melalui saluran diplomatik yang berlangsung selama beberapa hari tetapi tidak membuahkan hasil bagi membenarkan pesawat Issac menuju Baku.

Delegasi Israel yang hadir ke persidangan itu tiba di Baku dengan menaiki penerbangan komersial melalui Georgia.

The Times of Israel melaporkan delegasi mereka mendapat kawalan keselamatan yang ketat, memandangkan kedudukan negara itu yang berdekatan dengan Iran.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts