GAZA, 20 Dis 2018 — TV Al-Aqsa mengumumkan operasi mereka akan berakhir mulai jam 5:00 petang waktu tempatan hari ini, kerana krisis kewangan susulan serangan bom tentera Zionis ke atas ibu pejabatnya November lalu.
Rangkaian TV tersebut berulang-ulang kali menjadi sasaran tentera Zionis, termasuk dengan menembak mati beberapa orang jurnalisnya.
Selepas bangunan ibu pejabatnya musnah sama sekali dalam serangan bulan lalu, TV Al-Aqsa melancarkan kempen “kami akan bina semula dengan sokongan anda” bagi melawan usaha rejim Zionis menyekat suara perjuangan Palestin.
(Sumber: Palestinow)