Ucapan Dr Sami Zuhri Kepada TV al-Aqsa

▪️”Penjajah ini harus menyedari bahawa ketika mereka menembak Ismail Haniyeh, mereka telah menembak diri mereka sendiri”

▪️”Penjajah ingin mematahkan semangat gerakan ini dan mematahkan semangat rakyat Palestin, tetapi Hamas bukanlah sekadar sebuah gerakan, tapi ianya juga adalah sebuah ideologi yang tidak akan terhenti dengan kematian para pemimpinnya.”

▪️”Hamas semakin kuat dengan setiap titisan darah yang tumpah demi kebebasan tanah yang suci ini, dan darah para pemimpin tidak lebih mulia daripada darah anak-anak bangsa kami.”

▪️”Ini adalah harga yang tinggi dan kami bersedia untuk membayarnya demi Baitul Maqdis dan pembebasannya, dan tidak ada akhir bagi jalan ini kecuali dengan pembebasan Baitul Maqdis.”

▪️”Saatnya kebenaran telah tiba dan umat ini harus memikul tanggungjawabnya, dan para pemimpin umat serta generasi muda harus segera bangkit dengan segenap usaha dan kekuatan mereka di setiap medan dan setiap lokasi.”

▪️”Pembunuhan ini tidak akan membuat penjajah mencapai matlamatnya bahkan tidak akan memaksa Hamas untuk menyerah; Hamas akan terus maju di jalan ini hingga ke akhirnya, dan darah ini hanya akan meningkatkan keteguhan serta tekad ahlinya.”

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts