Ugutan Ahli Perlimen Zionis Yehuda Glick untuk musnahkan al-Aqsa diselar

AL-QUDS, 3 Jun 2016 (MEMO) — Ugutan yang dibuat oleh rabbi pelampau Yehuda Glick, yang baru-baru ini dilantik sebagai seorang Ahli Parlimen ZIonis, untuk meroboh Masjid al-Aqsa diselar oleh kerajaan perpaduan Palestin.

Jurucakap kerajaan Palestin Yusuf al-Mahmoud memberi amaran bahawa ugutan tersebut akan meningkatkan lagi ketegangan dan menjurus kepada peperangan antara agama.

Al-Mahmoud berkata, “Glick tidak akan mengeluarkan ugutan seperti itu sekiranya dia tidak mendapat sokongan dari Benjamin Netanyahu, yang sebelum ini dengan angkuh membuat beberapa kenyataan permusuhan bahawa al-Quds akan tetap berada di bawah kedaulatan rejim Zionis.”

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts