Umm Ihab dibebaskan dari penjara, diperintah keluar dari Al-Quds

AL-QUDS, 12 Dis 2015 (PIC) — Puluhan penduduk Al-Quds semalam menyambut Zeenat al-Jallad, 62 tahun, di luar mahkamah majistret Al-Quds setelah dibebaskan dari penjara al-Maskubiya.

Beliau yang juga dikenali sebagai Umm Ihab dibebaskan dengan syarat dikenakan tahanan dalam rumah selama lima hari dan juga perlu keluar dari kota Al-Quds selama 15 hari. Beliau juga dikenakan denda sebanyak 2,000 shekel (RM2,190).

Menurut Umm Ihab, beliau telah disoal siasat sebanyak tiga kali sepanjang ditahan tanpa sebarang alasan di Kota Lama Al-Quds pada hari Selasa lalu.

Beliau juga menafikan pengetahuan tentang syarat pembebasan yang dikenakan oleh pihak rejim, dengan menekankan bahawa beliau sanggup dipenjara selama beberapa bulan daripada berada berjauhan dari kota Al-Quds dan Masjid Al-Aqsa selaam 15 hari.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts