Saat kita bergembira meraikan Eidul Fitri bersama keluarga dan sanak saudara, marilah kita mengambil sedikit waktu untuk mendoakan saudara-saudara kita yang di uji dengan pelbagai cubaan termasuk mereka yang kelaparan di Somalia, serta kaum ibu yang merindukan anak-anak mereka yang syahid di Gaza mahupun yang ditahan di penjara-penjara Zionis di Tebing Barat.
Hajjah Ummu Hassan, seorang warga Palestin di Tebing Barat, menyambut Eidul Fitri dalam keadaan berduka kerana lima orang anaknya adalah termasuk dalam ratusan orang warga Palestin yang ditangkap dan ditahan oleh Zionis di sepanjang Ramadhan yang lalu.
Bagi Ummu Hassan, dengan penangkapan lima orang anaknya itu, maka bererti semua dari 10 orang anaknya kini sudah berada dalam penjara Zionis atau mati diterjang peluru dan pelbagai senjata angkatan perang Zionis.
Iyad, salah seorang anaknya, dipenjara 13 tahun. Seorang lagi, Mahmud, dijatuhkan hukuman 20 tahun penjara.
Anaknya yang lain, Murat, tewas dibunuh Zionis pada November 2002 sedangkan Ahmad dibunuh pada Disember 2002.
“Saya hanya mampu menghabiskan waktu saya untuk berdoa bagi anak-anak saya, dan saya hanya dapat bertawakkal kepada Allah SWT,” tutur Ummu Hassan sebagaimana dipetik dari Aljazeera.net.
“Mudah-mudahan pada Eidul Fitri tahun depan saya dapat berkumpul lagi dengan anak-anak saya.”
Puluhan keluarga Palestin di Tebing Barat menyambut hari lebaran mereka tahun ini tanpa kehadiran anak-anak mereka yang ditahan oleh[elbagai pihak, baik Zionis mahupun pihak Berkuasa Palestin.(AJ/SAA)