“Undang-Undang Muazzin” benarkan polis Zionis pecah masuk masjid

BAITULMAQDIS, 21 Feb 2018 — Ahli-ahli parlimen dan menteri-menteri Zionis akan mengusulkan undang-undang baharu “Undang-Undang Muazzin” yang dipinda bagi membenarkan polis memecah masuk masjid bagi menghentikan laungan azan.

Undang-undang tersebut telah mendapat kelulusan awal parlimen Zionis pada bulan Mac 2017, dan akan dibawa semula ke parlimen secepat mungkin dengan beberapa pindaan.

Satu jawatankuasa melibatkan Menteri Dalam Negeri Gilad Erdan, Menteri Alam Sekitar Zeev Elkin dan beberapa ahli parlimen, termasuk Moti Yogev yang mula mencadangkan usul, telah menetapkan beberapa pindaan terma. Antara lain, ia membenarkan polis Zionis memecah masuk masjid di Baitulmadqis dan Wilayah Palestin 1948 yang terjajah, merampas pembesar suara dan mengenakan denda sehingga 10,000 shekel (RM11,200).

(MEMO)

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts