MANAMA, 26 Jun 2018 — Jawatankuasa Warisan Dunia dan Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) dalam mesyuarat kali ke-42 di ibukota Bahrain, Manama, hari ini sebulat suara menerima pakai dua resolusi penting berkaitan kota Baitulmaqdis dan al-Khalil yang dijajah oleh rejim Zionis.
Resolusi pertama adalah berkenaan pemeliharaan Kota Lama Baitulmaqdis dan tembok di sekelilingnya, manakala resolusi kedua berkaitan pemeliharaan Kota Lama al-Khalil.
Resolusi tersebut mendesak rejim Zionis menghentikan pencabulan dan tidak mengubah identiti kota suci Baitulmaqdis dan al-Khalil, dengan membiarkan kedua-dua kota itu kekal dengan identiti asal, sebagai warisan dunia.
Delegasi Zionis cuba menggagalkan resolusi yang diusulkan oleh Jordan dan Palestin itu, tetapi tidak berjaya. Ia mendapat kemenangan dengan undi majoriti dari 21 negara.
(PIC)