UNESCO kutuk pencabulan Zionis ke atas kota al-Quds

GAZA, 5 Julai 2017 (PIC) — Jawatankuasa Warisan Dunia UNESCO dalam sesi ke-41 persidangan mereka di Poland semalam meluluskan satu resolusi mengutuk pencabulan rejim Zionis ke atas Kota Lama al-Quds.

Seramai 10 ahli menyokong resolusi yang diusul oleh Jordan itu, sementara tiga membantah dan lapan yang lain berkecuali.

Resolusi tersebut, yang merujuk rejim Zionis sebagai kuasa penjajah dan dengan jelas menafikan dakwaan hak mereka ke atas Kota Lama dan wilayah al-Quds Timur, mendesak pihak rejim membatalkan semua projek Yahudisasi dan memulihkan semula perubahan yang telah dibuat di dalam dam sekitar kota suci umat Islam itu.

Ia turut mendesak supaya rejim Zionis membenarkan projek pembinaan dan pemulihan yang dilakukan oleh kerajaan Jordan di Masjid al-Aqsa, kawasan sekitarnya, serta Kota Lama al-Quds tanpa sebarang syarat.

Majlis pembukaan sesi ke-41 Jawatankuasa Warisan Dunia bermula di Istana DiRaja Wawel di Krakow, Poland pada 2 Julai lalu. Ia dihadiri oleh hampir 1,000 orang termasuk Presiden Poland, Andrzej Duda. Persidangan jawatankuasa tersebut akan berakhir pada 12 Julai.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts