UNESCO luluskan resolusi penjajahan al-Quds

AL-QUDS, 2 Mei 2017 (PIC) — Organisasi Pendidikan, Santifik dan Kebudayaan PBB (UNESCO) telah melulus resolusi yang mengesahkan rejim Zionis sebagai kuasa penjajah ke atas al-Quds dan menafikan dakwaan kedaulatan mereka ke atas seluruh kota suci itu.

Keputusan tersebut sekaligus mengesahkan bahawa rejim Zionis yang menjajah kota al-Quds tidak ada sebarang hak ke atas kota suci umat Islam itu. Resolusi tersebut juga menetapkan bahawa tanah perkuburan di Kota al-Khalil dan makam Raheel, iaitu salah seorang isteri Nabi Yaakub, yang terletak di kota Beit Lahm adalah tanah perkuburan Islam.

Sebanyak 20 buah negara mengundi menyokong resolusi tersebut, sementara 10 membantah dan 23 yang lain berkecuali. Amerika, Itali, United Kingdom, Belanda, Lithuania, Geek, Paraguay, Ukraine, Togo dan Jerman membantah.

Resolusi tersebut turut menegaskan kepentingan menghantar wakil UNESO ke kota al-Quds untuk memantau usaha Yahudisasi oleh rejim Zionis ke atas kota itu.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts