UNESCO tangguh undian resolusi berkaitan Masjid al-Aqsa

AL-QUDS, 13 Julai 2016 (PIC) — Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan PBB (UNESCO) semalam menangguhkan pengundian ke atas satu deraf resolusi bagi menetapkan Masjid al-Aqsa sebagai tapak sejarah Islam yang ekslusif.

Pengundian tersebut ditangguh hanya beberapa minit sebelum ianya dijadualkan bermula. Tarikh cadangan semula deraf tersebut masih tidak diketahui.

Rejim Zionis memberi tekanan ke atas ahli PBB supaya menolak pengundian tersebut, di mana Menteri Luar Zionis Dore Gold telah menulis surat kepada PBB dan Benjamin Netanyahu sendiri membuat kritikan tajam ke atas undian UNESCO berkaitan isu al-Quds pada bulan April lalu.

Mereka berusaha dengan kerjasama negara “rakan Zionis” untuk menghalang pembentangan deraf tersebut, atau sekurang-kurangnya memastikan undian tidak mendapat sokongan majoriti.

Deraf resolusi tajaan bersama Palestin dan Jordan itu mendesak status Masjid al-Aqsa dikembalikan sepertimana sebelum Perang Enam Hari 1967, di mana Jabatan Wakaf Jordan mempunyai kuasa penuh ke atas tapak tersebut termasuk dalam urusan penyelengaraan, membaik pulih dan kawalan keluar-masuk pengunjung.

Resolusi UNESCO yang diterima pada bulan April lalu menyebut bahawa rejim Zionis telah merosakkan tapak bersejarah tersebut dengan membuat penggalian bawah tanah secara haram dan menghalang tugas Jabatan Wakaf Jordan menjalankan kerja baik pulih.

Rejim Zionis cuba memutar belit sejarah dengan membina kawasan perkuburan “purba” Yahudi yang palsu di atas tanah perkuburan Islam di al-Quds. Banyak tapak-tapak bersejarah Islam dan kerajaan Byzantine ditukar menjadi rumah ibadah Yahudi, atau apa yang mereka gelar sebagai tempat ibadah permandian Yahudi.

Resolusi tersebut turut mendesak pihak rejim menghentikan langkah menyekat kebebesan orang Islam masuk beribadah di al-Aqsa.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts