UNESCO: Tiada kaitan antara Al-Aqsa dan Yahudi

PARIS, 13 Okt 2016 (MEMO) — Badan PBB bagi Pendidikan, Sains dan Budaya (UNESCO – United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization) hari ini membuat undian ke atas satu resolusi yang menafikan sebarang kaitan di antara Masjid al-Aqsa dan Tembok al-Buraq di Kota al-Quds.

24 negara menyokong resolusi tersebut, sementara enam negara membantah dan 26 yang lain berkecuali.

Resolusi tersebut diusulkan oleh Mesir, Aljeria, Moroko, Lubnan, Oman, Qatar, Sudan dan Palestin.

Dengan mengambil kira al-Quds sebagai kota suci kepada tiga agama Islam, Yahudi dan Kristian, resolusi itu menyatakan bahawa Masjid al-Aqsa dan perkarangannya adalah tempat suci hanya untuk umat Islam.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts