UNICEF: Setengah juta kanak-kanak bertahan dalam wilayah terpinggir di Syria tanpa bantuan

DAMASKUS, 28 Nov 2016 (PIC) — Pengarah UNICEF, Antony Lek, dalam kenyataan beliau hari ini menyebut bahawa setengah juta kanak-kanak terpaksa bertahan hidup dalam 16 wilayah konflik dan terpinggir di Syria, termasuk di timur Aleppo, tanpa mendapat sebarang bantuan kemanusiaan.

Menurut beliau, kanak-kanak ini terdedah kepada risiko kematian akibat serangan dan kecederaan tanpa mendapat rawatan, atau mati kerana kelaparan akibat sukar mendapatkan makanan.

Beliau mendakwa sebahagian daripada wilayah terbabit tidak mendapat bekalan makanan sejak dua tahun lalu, bahkan beberapa wilayah lain tidak pernah tersentuh oleh bantuan kemanusiaan.

Beberapa badan hak asasi termasuk Save The Children bagaimanapun menganggarkan jumlah kanak-kanak malang ini sebenarnya melebihi sejuta orang.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts