Unit perisikan tentera Zionis terpaksa rekrut pelajar sekolah

TEL AVIV, 23 Jan 2018 — Pasukan perisikan “Unit 8200” tidak seperti mana-mana unit lain dalam tentera Zionis. Mereka adalah pasukan yang paling berteknologi tinggi, beroperasi di dalam wilayah negara haram Zionis, wilayah-wilayah Palestin yang terjajah, dan bahkan juga di luar negara.

Namun status istimewa itu tidak mampu menarik ramai penyertaan baharu, sehingga mereka terpaksa memasuki kurikulum sekolah-sekolah Zionis bagi menarik dan melatih para pelajar dengan menawarkan kredit markah sehingga ke peringkat ijazah.

Pada bulan September 2014, seramai 43 askar simpanan dari unit tersebut menulis surat kepada Perdana Menteri, Menteri Perang, Ketua Perisikan Tentera dan Komander Unit 8200, menyatakan mereka “enggan menyertai operasi ke atas penduduk Palestin dan enggan menjadi alat bagi mengukuhkan rejim tentera ke atas wilayah-wilayah yang terjajah.”

Mereka mendakwa bahawa sebahagian besar daripada apa yang dilakukan oleh “Pasukan Pertahanan Israel” bukan berunsur kepada pertahanan, tetapi memerintah dan menindas rakyat negara lain.

Unit 8200 bertanggungjawab mengumpul data bagi kegunaan Shin Bet, Mossad dan juga tentera Zionis dalam operasi menyerang atau membunuh rakyat Palestin.

Pelajar-pelajar sekolah akan mengikuti program pendedahan kepada teknologi tinggi, kem musim panas, seminar dan aktiviti-aktiviti lain selema enam jam seminggu.

(Mondoweiss)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts