UNRWA Desak Hentikan Sekatan Ke Atas Gaza

GAZA– Filippo Grandi, Pesuruhjaya UNRWA yang baru dilantik, mendesak masyarakat dunia untuk menghentikan sekatan Israel ke atas Semenanjung Gaza, sambil berkata keruntuhan kehidupan rakyat Gaza mestilah dipulihkan.

Semasa sidang akhbar di Gaza hari Selasa 3 Ogos, Grandi berkata beliau sengaja  bertemu media buat pertama kalinya di Gaza di kawasan Mighraka untuk memberikan gambaran yang jelas kepada dunia bahawa kesengsaraan pelarian Palestin mesti dihentikan.

Mighraka adalah kawasan yang sengaja dibanjirkan bulan lepas setelah Israel membuka empangan Gaza yang menyebabkan kemusnahan yang sangat dahsyat.

F Grandi
F Grandi

Beliau berkata apa yang beliau lihat di Mighraka di mana ratusan keluarga menjadi mangsa perpindahan adalah sesuatu yang tidak dapat dibayangkan, sambil membayangkan keadaan di Gaza sebagai sesuatu yang amat “tragis”.

Pesuruhjaya UNRWA itu berkata lebih 60,000 buah rumah di Gaza musnah semasa peperangan terakhir oleh Israel ke atas Gaza lebih setahun yang lalu dan tidak ada apa-apa dilakukan untuk membinanya semula. Beliau memberi amaran bahawa akan berlaku kesengsaraan yang lebih dahsyat bilamana harapan pembinaan semula kediaman penduduk semakin pudar.

Grandi menegaskan bahawa sekatan ke atas Gaza akan menjadi agenda utama mesyuarat-mesyuarat beliau dengan pemimpin dunia dan pegawai-pegawai Israeli.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts