US Veto Keputusan UNSC Cabar Pengisytiharan Al-Quds

NEW YORK, 18 Dis 2017 — Sebanyak 14 daripada 15 negara anggota Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) hari ini mengesahkan status asal kota suci al-Quds, dan mencabar keputusan Amerika Syarikat (US) mengiktiraf kota itu sebagai ibukota negara haram Zionis. Keputusan tersebut bagaimanapun dibatalkan oleh US dengan kuasa vetonya.

Tindakan ini merupakan penggunaan kuasa veto oleh US buat pertama kali sejak Donald Trump memegang kuasa.

Embasador US ke PBB, Nikki Haley, mengkritik UNSC dan berkata, “Ahli-ahli UNSC boleh mengundi ratusan kali bagi mengkritik kehadiran kami di al-Quds, tetapi sejarah tidak boleh ditukar. Ketika kaum Yahudi menyambut Hanukkah yang menjadi simbol hubungan abadi mereka dengan al-Quds, ada golongan yang fikir mereka boleh menulis semula sejarah. Sudah masanya untuk semua negara mengiktiraf al-Quds yang sentiasa dan akan tetap menjadi ibukota kaum Yahudi dan ibukota Israel.”

(IMEMC, WAFA)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts