Usaha Meletupkan Terowong dan Membina Tembok Besi di Sempadan Gaza-Mesir Terus Berjalan

steel_wallPada hari Selasa (9/2) lepas, pihak Keselamatan Mesir telah meletupkan sebuah lagi terowong yang ditemui di sempadan Gaza-Mesir di Rafah, di sebahagian selatan Semenanjung Gaza. Sumber-sumber tempatan melaporkan bahawa pasukan keselamatan Mesir menemui sebuah terowong yang bermula di Kem Pelarian Palestin Yibna di Rafah.

Mesir baru-baru ini telah mengenalpasti dan meletupkan beberapa terowong yang dijumpai di sempadan mereka dengan Gaza. Terowong Gaza menjadi sumber utama pembekalan barang dan makanan akibat pengepungan Israel yang telah berjalan sekian lama dan tindakan Mesir tidak membuka pintu persempadanan Rafah.


Mesir saat ini sedang membina Tembok Besi di sempadan mereka dengan Gaza. Projek yang mencetuskan ketidakpuasan hati umat Islam ini disokong, di pantau dan dibiayai oleh Amerika Syarikat.

Menurut laporan Akhbar Israel Haaretz, tembok besi itu di bina dengan kedalaman 20 – 30 meter bawah tanah, di sepanjang 9 – 10km untuk mengelakkan warga Gaza menggali terowong di persempadanan Mesir – Gaza selepas ini.

Bahan yang digunakan untuk membina tembok itu adalah kandungan besi yang kuat bagi memastikan tidak ada yang boleh merosakan atau menebuk lubang pada tembok tersebut. haaretz/immec

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts