USAID akan henti operasi di Palestin

BAITULMAQDIS, 25 Nov 2018 — Agensi bantuan antarabangsa Amerika, USAID – United States Agency for International Development, mengumumkan bahawa separuh daripada pekerjanya di Palestin akan diberhentikan dalam tempoh beberapa minggu akan datang, sebelum operasinya dihentikan sepenuhnya pada awal 2019.

Jabatan Negara Amerika mengarahkan USAID menyenarai 60% pekerjanya yang akan diberhentikan sebelum akhir Disember, sebagai langkah pertama menghentikan operasi.

USAID mengendalikan bantuan awam di Tebing Barat dan Gaza sejak tahun 1994, dengan memberi fokus dalam isu ekonomi termasuk air, infrastruktur, pendidikan dan kesihatan.

(PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts