[Video] Dua buah rumah penduduk al-Khalil diroboh di tengah malam

AL-KHALIL, 23 Feb 2016 (Maan) — Tentera Zionis menceroboh masuk dua buah bandar di al-Khalil malam tadi, di mana mereka telah meroboh rumah keluarga dua orang pemuda Palestin yang didakwa menyerang Yahudi.

Tentera menyerang masuk bandar Deir Samit dan meroboh rumah tempat tinggal keluarga Muhammad al-Huroub, yang telah ditangkap atas tuduhan menembak dan membunuh dua orang pendatang Yahudi berdekatan blok penempatan haram Gush Etzion di Beit Lahm November lalu.

Mereka turut meroboh rumah keluarga Raed Muhammad Jabara al-Masalma di bandar Dura. Raed ditahan November lalu selepas dituduh menikam mati dua orang Yahudi di Tel Aviv.

Hukuman dan proses merobohkan rumah keluarga mereka yang menyerang pihak rejim dipercepatkan atas arahan pemimpin rejim, Benjamin Netanyahu, pada pertengahan Oktober lalu.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts