[Video] Ejen Tentera Zionis Bunuh Pemuda Palestin Di Hospital

AL-KHALIL, 12 Nov 2015 (IMEMC) — Ejen tentera Zionis awal pagi tadi menceroboh masuk ke Hospital Al-Ahli di Al-Khalil dan membunuh seorang pemuda Palestin dan menculik sepupu mangsa yang sedang menderita cedera parah.

Sekumpulan lebih 20 orang ejen tentera bersama pegawai Shin Bet menyusup masuk ke dalam bangunan hospital sebelum membunuh mangsa yang berasal dari bandar Sa’ir di Al-Khalil, Abdullah Azzam Shalalda, 28 tahun, pada jam 2:45 pagi sejurus selepas beliau memasuki wad pembedahan di mana sepupunya sedang dirawat.

Mereka mulanya memasuki bilik rawatan Azzam Ezzat Shehalda dan mengikat seorang yang menemani beliau. Apabila Abdullah Azzam keluar dari bilik air, mereka terus menembak beliau hingga maut, dan kemudian menculik Azzam Ezzat.

Azzam Ezzat, 20 tahun, ditembak hampir sebulan lalu ketika sedang menuai buah zaitun bersama keluarganya di bandar Sa’ir apabila sekumpulan pendatang Yahudi bersenjata menyerang mereka. Beliau terkena sekurang-kurangnya lima das tembakan di bahagian kepada dan dada.

Tentera Zionis menuduh Azzam Ezzat menikam dan mencederakan seorang askar, dan berjaya melepaskan diri walaupun mengalami kecederaan parah.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts