[Video] Hospital Al-Makassed Diserang

AL-QUDS, 29 Okt 2015 (Maan) — Tentera Zionis menyerang Hospital Al-Makassed dengan melepaskan tembakan gas pemedih mata, grenad pelali dan peluru getah ke arah para demonstran yang membantah tindakan tentera menceroboh masuk dan mendesak maklumat pesakit dua hari sebelumnya.

Puluhan penduduk Palestin serta pesakit dan pekerja hospital cedera terkena tembakan peluru getah dan sesak nafas apabila pihak tentera melepaskan tembakan secara rambang ke arah kawasan hospital. Seorang doktor turut ditangkap untuk disoal-siasat.

Terdahulu, pihak hospital enggan menyerahkan rekod seorang pesakit Palestin yang pernah dirawat di situ kepada pihak tentera Zionis. Mereka menceroboh masuk hospital pada hari Rabu dan Khamis, mendesak supaya diserahkan rekod tersebut sungguhpun tanpa kebenaran daripada mahkamah.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts