[Video] Pelajar Disekatan Jalan, Ditangkap Dalam Bilik Darjah

SILWAN, 14 Nov 2015 (Silwanic) — Setiap pagi pelajar Palestin terpaksa melalui jalan yang dibina menggunakan bongkah-bongkah batu simen, menyebabkan kesesakan trafik sehingga mereka tiba lewat di sekolah.

Hukuman ke atas penduduk Palestin ini masih tidak mengcukupi bagi rejim Zionis. Para pelajar juga dianiaya dengan tembakan grenad pelali dan gas pemedih mata. Bahkan pelanggaran hak kanak-kanak Palestin kini sampai ke kemuncaknya, di mana tentera menceroboh masuk ke sekolah dan menangkap pelajar yang sedang belajar di dalam kelas.

11 November lalu, tentera menceroboh masuk Sekolah Tinggi Lelaki Silwan di kawasan kejiranan Ras Al-Amoud, menggeledah beg pelajar dan menangkap Jibril Al-A’war, 14 tahun. Pengarah sekolah, Saleh Al-A’war, juga disoal-siasat oleh tentera Zionis.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts