[Video] Pendatang Yahudi rampas 2 buah rumah penduduk Palestin berdekatan Masjid Ibrahimi

AL-KHALIL, 21 Jan 2016 (AIC) — 20 keluarga pendatang haram Yahudi menceroboh masuk dan merampas dua buah bangunan rumah penduduk Palestin di al-Khalil petang tadi.

Kumpulan pendatang tersebut membawa bersama mereka pasukan profesional untuk memecah pintu masuk bangunan milik keluarga Abu Aysha dan Za’atri itu terletak di Jalan Al-Sahla, tidak jauh dari Masjid Ibrahimi.

Petempuran tercetus di antara penduduk Palestin dan pendatang Yahudi yang berkawal di atas bumbung dan membaling batu ke arah penduduk Palestin. Pada masa yang sama tentera Zionis mengawal keselamatan para pendatang terbabit.

Sepertimana kebanyakan rumah lain di kawasan tersebut, pemilik bangunan tidak tinggal di situ kerana sering diserang oleh pendatang Yahudi dan diganggu oleh tentera penjajah.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts