[Video] Pisau sengaja dialih bersebelahan mangsa yang ditembak mati

AL-KHALIL, 2 Jun 2016 (PIC) — Sebuah klip video memaparkan seorang petugas ambulan Zionis secara sengaja mengalihkan sebilah pisau berdekatan pemuda Palestin Abdul Fattah al-Sharif yang ditembak mati secara sengaja oleh seoarng askar Zionis ketika beliau sedang terlantar cedera di atas jalan di al-Khalil pada bulan Mac lalu.

Pihak pendakwaraya telah mendedahkan foto-foto bukti yang menunjukkan tentera Zionis menembak mati Abdul Fattah, dalam keadaan tidak mampu menyerang atau membawa sebarang bahaya kepada pihak tentera ketika kejadian.

Kini, bukti video terbaharu ini menunjukkan pemandu ambulan berada di tempat kejadian, Ofer Ohanna, menyepak sebilah pisau supaya berada sangat dekat dengan mangsa yang telah terbunuh itu. Bahkan terdapat bukti jelas melalui foto-foto yang menujukkan lokasi sebenar pisau tersebut sebelum dan selepas mangsa ditembak mati.

Askar terbabit, Elor Azarya, mendakwa dia menembak Abdul Fattah di bahagian kepala setelah mangsa cuba mengambil sebilah pisau.

Abdul Fattah ditembak bersama Ramzi Aziz al-Qaswari apabila disyaki menikam dan mencederakan seorang askar Zionis di sekatan tentera Tel Rumeida di al-Khalil pada 24 Mac lalu. Ramzi meninggal dunia akibat tembakan tersebut, sementara Abdul Fattah tercedera parah dan dibiarkan terlantar kesakitan di atas jalan, sebelum Azarya mendekatinya dan secara sengaja menembak beliau di bahagian kepala.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts