[Video] Polis Zionis ganggu dan tekan kanak-kanak sekolah di al-Khalil

AL-KHALIL, 6 Sep 2016 (ISM) — Kanak-kanak Palestin di al-Khalil mesti melalui sekatan tentera untuk menuju ke sekolah, di mana mereka akan diganggu dan diugut oleh polis sempadan Zionis serta diperiksa dalam bilik kecil yang menakutkan.

Di sekatan Qeitun yang terletak dalam kawasan H1 iaitu kawasan yang sepatutnya dikawal oleh Pihak Berkuasa Palestin (PA), di mana sekitar 120 pelajar perlu melintas, suasana agak menakutkan sehingga seorang dewasa Palestin terpaksa menunggu di situ untuk membantu anak-anak yang ketakutan di hadapan tentera Zionis.

Tiba-tiba sekumpulan kanak-kanak dikejar oleh pasukan polis sempadan yang lengkap bersenjata, menyebabkan mereka bertindak membaling batu ke arah pasukan polis tersebut. Pasukan polis Zionis kemudian membalas dengan tembakan grenad pelali ke arah kanak-kanak tersebut, yang meletup hanya beberpa meter di hadapan mereka.

Kanak-kanak lari bertempiaran, sebahagiannya meninggalkan beg sekolah mereka.

Peliknya, seorang askar Zionis mengambil sebuah beg yang ditinggalkan, atas alasan untuk memeriksa beg tersebut. Namun aktivis Internatinal Solidarity Movement (ISM) mengesahkan askar terbabit berbohong dan tidak membuka beg tersebut untuk memeriksanya. Tindakan askar tersebut hanya satu sikap buruk bertujuan untuk mengganggu serta menakutkan anak-anak Palestin.

Menurut aktivis ISM, kehadiran tentera Zionis di kawasan H1 bukanlah untuk menjaga keselamatan, tetapi mengganggu dan menghasut penduduk Palestin termasuk kanak-kanak sekolah.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts