[Video] Polis Zionis serang jemaah al-Aqsa dengan gas pemedih mata

BAITUL MAQDIS, 18 Jun 2017 (PIC) — Lebih 20 orang ahli jemaah di yang berada di perkarangan Masjid al-Aqsa cedera sesak nafas dan beberapa yang lain luka serta melecur apabila diserang dengan gas pemedih mata oleh pasukan polis Zionis pagi tadi.

Pasukan polis dan tentera Zionis dalam jumlah yang besar mengawal 69 orang pendatang Yahudi menceroboh masuk tapak suci umat Islam itu dan berarak secara provokatif, kemudian bertebaran di kawasan antara Kubah as-Sakhra’ dan Musolla al-Qibli.

Pertempuran tercetus apabila pasukan polis menyerang para jemaah yang melaungkan slogan-slogan perjuangan.

Polis Zionis turut menutup pintu utama Musolla al-Qibli dan melepaskan gas pemedih mata ke dalam dewan solat utama ketika para jemaah sedang beriktikaf.

https://www.facebook.com/TheEyeOfPalestineDK/videos/1553872291302814/

https://www.facebook.com/TheEyeOfPalestineDK/videos/1553868397969870/

Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts