[Video] Tentera Zionis Perangkap Pelajar Untuk Ditangkap Atas Tuduhan Cuba Menikam

BETHLEHEM, 2 Nov 2015 (EI) — Video di atas menunjukkan bagaimana tentera Zionis memaksa seorang pelajar perempuan, yang sedang dalam ketakutan, mengambil sebilah pisau yang dilempar oleh seorang askar ke tanah.

Dalam kejadian di sebuah sekatan tentera di Bethlehem Selasa lalu itu, pelajar tersebut, Sabreen Mujahid Sanad, 14 tahun, kemudian ditangkap.

Di awal rakaman video tersebut, seseorang yang memakai pakaian awam sedang bercakap kepada Sabreen di sebelah sebuah trak berwarna putih. Tentera Zionis berada tidak jauh, dan sibuk memberi arahan kepada orang lain. Sabreen tidak ditahan oleh tentera dan terus berjalan. Di minit ke 1:30 video tersebut, salah seorang askar membaling sebilah pisau ke tanah. Sabreen, sambil mengangkat tangan, menjadi gementar. Askar tersebut kemudiannya kelihatan memaksa pelajar tersebut mengambil pisau itu.

Sabreen tunduk, dan mengambil pisau, dan bercakap kepada askar tersebut sambil memegang pisau. Kemudian seorang lagi askar kelihatan menghalakan senjata ke arah Sabreen, seterusnya seorang lagi askar mendekati Sabreen dan membawa beliau ke suatu arah dengan memaksa tangannya ke belakang.

Rakaman ini, dan beberapa insiden yang lain, menguatkan lagi hujah bahawa penduduk Palestin sering menjadi mangsa khianat tentera Zionis dalam kes tuduhan cuba menikam Yahudi.

Pagi Selasa lalu Mamoun Raed al-Khatib, 16 tahun, ditembak mati berdekatan kawasan penempatan haram Yahudi di Gush Etzion setelah dituduh cuba menikam seorang Yahudi. Tidak ada siapa yang cedera ditempat kejadian.

Tidak lama kemudian pada hari yang sama, Maram Hassouna, 19 tahun, ditembak mati di sebuah sekatan tentera di Tulkarem. Pelajar perempuan Universiti An-Najah itu dituduh cuba menikam seorang askar, namun tidak ada sebarang kecederaan dilaporkan.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts