[Video] Warga emas meninggal dunia, 40 cedera dalam pertempuran di sekatan Qalandiya

RAMALLAH, 1 Julai 2016 (Maan) — Seorang warga emas Palestin meninggal dunia dan lebih 40 orang lagi cedera apabila tentera Zionis melepaskan tembakan sengit gas pemedih mata ke arah penduduk Palestin di sekatan Qalandiya pagi tadi.

Pertempuran tercetus ketika penduduk Palestin mengadakan bantahan terhadap sekatan yang sangat ketat serta penindasan dan layanan buruk oleh pihak tentera di sekatan yang terletak di utara al-Quds itu.

Muhammad Mustafa Habash, 63, yang berasal dari perkampungan Asira al-Shamaliya di Nablus dilaporkan meninggal dunia selepas mengalami sesak nafas. Tentera Zionis pada mulanya menghalang paramedik Bulan Sabit Merah Palestin mendekati mangsa untuk memberi bantuan. Beliau meninggal dunia setelah dikejarkan ke Hospital Ramallah dan mendapatkan rawatan di Unit Rawatan Rapi.

Sekatan Qalandiya merupakan laluan utama penduduk Palestin ke Masjid al-Aqsa.

Sejak awal pagi tentera Zionis menyekat ribuan penduduk Islam yang menuju ke Masjid al-Aqsa untuk mendirikan solat Jumaat terakhir di bulan Ramadan.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts