[Video] Zionis halang Jabatan Wakaf baik pulih Masjid al-Aqsa

AL-QUDS, 31 Jan 2016 (QPress) — Tentera Zionis awal hari ini menghalang jawatankuasa pemulihan bangunan Jabatan Wakaf daripada melakukan kerja membaik pulih berdekatan Pintu Silsilah di Masjid al-Aqsa.

Pengarah al-Aqsa, Sheikh Omar Kiswani, menyelar rejim Zionis kerana mengganggu urusan Jabatan Wakaf, yang jelas bertujuan untuk merampas hak dan kuasa umat Islam ke atas masjid suci itu, sedangkan kerja baik pulih kerosakan di koridor tersebut tidak ada kaitan langsung dengan rejim Zionis.

Tentera Zionis mengepung kawasan koridor tersebut dan mengarahkan para pekerja berhenti serta menghalau mereka beredar dari kawasan tersebut.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts