Wakil Parlimen Mesir: Kami Berjanji Akan Membebaskan Al-Aqso dan Seluruh Bumi Palestin.

Kaherah, 24/1/12 – Timbalan Yang Di-Pertua Majlis Rakyat Mesir, Mohamed Abdul Alim Dawoud berjanji untuk terus menentang kerajaan yang bersetuju untuk mengeksport gas kepada entiti Zionis. Beliau menekankan bahawa, Parlimen Revolusi juga akan berusaha untuk membebaskan seluruh tanah Palestin dan juga Masjidil Aqso.

Di dalam Majlis Parlimen semalam, Dawoud mengatakan bahawa ia akan menentang kerajaan jika mereka meneruskan juga eksport gas daripada Mesir kepada entiti Zionis. Beliau juga akan menuntut siasatan ke atas pembunuhan 50 000 orang rakyat Mesir yang syahid serta akan meminta ganti rugi daripada entit Zionis di atas barangan yang dirompak oleh mereka daripada ‘Sina’ sepanjang tempoh rompakan itu.

Dawoud berkata: “Saya berjanji untuk meneruskan usaha bagi mengembalikan semula Ummu Rishrash Mesir(Eilat) dan Masjidil Aqso serta seluruh Tanah Palestin InsyaAllah”.

 

Diterjemahkan oleh Muhammad Zulkarnain bin Ahmad
Sumber :  palestine-info.info

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts