GAZA, 24 Nov 2015 (MEMO) — Kepingan wang syiling dari era Khalifah Uthmaniyah ditemui oleh pekerja yang memulihkan sebuah bangunan di kejiranan Al-Shujaiyah, yang merupakan sebahagian daripada kawasan Kota Lama di Gaza.
Menurut Pengarah Jabatan Pembangunan Bandar Gaza, Nihad Al-Mughanni, sebilangan wang syiling jatuh keluar dari dinding bangunan lama di Jalan Baghdad.
Wang syiling tersebut dikatakan bertarikh pada tahun 1730.