Wanita al-Khalil dikenakan tahanan pentadbiran tanpa pengadilan

AL-KHALIL, 5 Mac 2017 (Maan) — Rejim Zionis hari ini mengenakan tahanan pentadbiran tanpa pengadilan selama enam bulan ke atas Ihsan Abd al-Fattah Dababsa, 32, bersandarkan kepada fail rahsia.

Ihsan diculik dan dibawa ke penjara HaSharon Isnin lalu setelah tentera Zionis memecah masuk rumah beliau di perkampungan Nuba di barat laut al-Khalil dan menggeledah serta merosakkan barangan di dalamnya.

Kejadian ini merupakan kali ketiga Ihsan ditangkap, di mana beliau pernah merengkok dalam penjara Zionis selama empat tahun dalam dua tangkapan sebelumnya atas tuduhan terlibat dengan aktiviti pergerakan Jihad Islami.

Ihsan merupakan tunang kepada tahanan Usama Muhammad Awwad al-Hroub yang masih dikurung dalam penjara Ktziot di Gurun Naqab, yang sepatututnya dibebaskan pada bulan Mei 2018 apabila menamatkan hukuman penjara selam 14 tahun.

Tahanan pentadbiran dikenakan ke atas penduduk Palestin tanpa sebarang pendakwaan mahupun pengadilan, dengan hanya berdasarkan kepada “fail rahsia.” Mangsa mahupun peguam mereka tidak dibenarkan mendapat sebarang maklumat tentang fail tersebut. Tempoh maksimum tahanan pentadbiran adalah selama enam bulan, tetapi tempoh tersebut boleh diperbaharui berulang kali tanpa had.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts