AL-QUDS, 24 Jun 2016 (PIC) — Wanita Palestin Sabah Feraoan ditangkap dan ditahan oleh tentera Zionis kerana memapar sebuah lagu bertajuk “forgive me if I die” di laman Facebook beliau.
Tentera Zionis memecah masuk rumah keluarga Sabah di bandar Alezariya pada waktu Subuh empat hari lalu, kemudian menggeledah rumah dan menangkap beliau secara ganas, sebelum menggari beliau di hadapan empat anaknya.
Sabah disoal siasat dengan panjang lebar atas tuduhan merancang untuk membuat serangan ke atas pihak penjajah.
Mahkamah tentera Zionis melanjutkan tahanan ke atas Sabah sementara menunggu siasatan lanjut.