Wanita Baitulmaqdis dibuang daerah ke Tebing Barat

RAMALLAH, 26 Julai 2018 — Mahkamah Majistret Zionis di Baitulmaqdis menjatuhkan hukuman buang daerah ke Tebing Barat dan denda sebanyak $US415 ke atas tahanan Ibtisam Ubaid, 35, atas tuduhan tinggal di kota suci itu secara haram.

Ibtisam bagaimanapun enggan menandatangani dokumen buang daerah itu, yang akan menghalang beliau tinggal bersama suami dan tiga anaknya di bandar al-Issawiya di timur laut Baitulmaqdis.

Beliau ditangkap bersama suaminya dari rumah mereka hari Selasa lalu, atas tuduhan tinggal di Baitulmaqdis secara haram kerana beliau adalah pemegang kad pengenalan Tebing Barat.

(PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts