Wanita Baitulmaqdis dihukum penjara 10 tahun

BAITULMAQDIS, 10 Julai 2018 — Mahkamah Tinggi Zionis di Baitulmaqdis hari ini menjatuhkan hukuman penjara selama 10 tahun dan denda sebanyak 30,000 Shekel (RM33,600) ke atas wanita Palestin, Fadwa Nazeeh Hamada, 31.

Ibu kepada lima orang anak itu ditangkap di kawasan Bab al-Amoud pada 12 Ogos 2017 atas tuduhan cuba menikam askar Zionis berdekatan sebuah stesen bas di kejiranan al-Misrara.

Beliau telah beberapa kali dipindahkan ke pusat-pusat tahanan dan penjara Zionis.

(IMEMC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts