Wanita Gaza ditangkap ketika temani suami ke Tebing Barat untuk dapatkan rawatan

GAZA, 9 Dis 2018 — Jawatankuasa Hal Ehwal Tahanan Palestin semalam melaporkan seorang wanita Palestin ditangkap di pintu lintasan sempadan Beit Hanoun, utara Gaza, ketika menemani suaminya ke Tebing Barat untuk mendapatkan rawatan di sebuah hospital.

Samar Salah Abu Thaher terpaksa menemani suaminya kerana dia tidak mampu bepergian berseorangan.

Susulan tangkapan, suaminya terpaksa pulang semula ke Gaza.

Penduduk Palestin yang ditangkap di Beit Hanoun (Erez) sering diinterogasi selama beberapa hari sebelum dibenarkan menuju ke Tebign Barat, ataupun dipaksa pulang ke Gaza.

(Maan)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts