AL-KHALIL, 9 Julai 2017 (PIC) — Seorang wanita Palestin yang sedang berjalan kaki dilanggar lari dengan sebuah kenderaan yang dipandu oleh seorang pendatang Yahudi di laluan masuk utama ke kem pelarian al-Aroub di utara wilayah al-Khalil pagi tadi.
Aber Bassam Jawabirah, 28, seorang ibu yang sedang hamil mengalami luka parah dan dikejarkan ke Hospital al-Mizan di kota al-Khalil.
Jumaat lalu, Umar Ahmad Abu Galyun meninggal dunia selepas dilanggar oleh seorang pendatang Yahudi ketika menjual kopi di Beit Lahm.




