Wanita muda Palestin dibunuh atas tuduhan cuba menikam

NABLUS, 19 Okt 2016 (PIC) — Wanita Palestin Raheeq al-Birawi, 23, dibunuh oleh pasukan polis sempadan Zionis selepas dituduh cuba membuat serangan menikam di sekatan Za’atara di selatan Nablus, berdekatan penempatan haram Tapuach tengahari tadi.

Raheeq yang berasal dari Asira ash-Shamaliya di Nablus itu dikatakan sedang berjalan menuju ke arah para pegawai polis sempadan Zionis yang berkawal di situ, di mana seorang pegawai polis mengarahkan beliau berhenti dan melepaskan tembakan ke udara.

Raheeq ditembak apabila beliau terus berjalan.

Polis Zionis menghalang pasukan ambulan membantu mangsa dan memaklumkan bahawa mereka akan menahan jenazah mangsa sehingga dimaklumkan kemudian.

Raheeq merupakan mangsa ke-234 dibunuh oleh tentera Zionis sejak tercetusnya Intifadah al-Quds.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts