Wanita muda Palestin dihukum penjara 16 tahun

KAFR KASIM, 28 Feb 2017 (PIC) — Mahkamah Pusat Zionis semalam menjatuhkan hukuman penjara selama 16 tahun ke atas Shatila Au Aida, 23, atas tuduhan membuat serangan menikam seorang wanita Yahudi pada bulan April 2016 lalu.

Shatila yang berasal dari Kafr Kasim di Wilayah Palestin 1948 yang terjajah dan memegang kad pengenalan Zionis di tuduh cuba menikam seorang wanita Yahudi di bandar Rosh Haayin di timur Tel Aviv. Wanita tersebut dikatakan cedera ringan di bahagian lengannya.

Keluarga Shatila bagaimanapun mendakwa tuduhan tersebut sebagai palsu dan insiden cubaan menikam itu sengaja direka.

Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts