Wanita muda Palestin ditangkap ketika menghadiri sesi perbicaraan abangnya

JENIN, 28 Nov 2016 (PIC) — Tentera penjajah Zionis semalam menangkap Taqwa Nufayaat, 21, ketika menghadiri sesi perbicaraan abangnya Nidal di mahkamah tentera Zionis di Salem.

Beliau ditangkap kerana bertengkar dengan seorang askar wanita Zionis yang secara sengaja menolak ibunya dalam kamar mahkamah.

Nidal ditangkap pada bulan Ogos lalu atas tuduhan menjadi anggota pergerakan Jihad Islami. Beliau sebelum ini pernah merengkok dalam penajra Zionis selama sembilan tahun. Baru-baru ini dua adik-beradiknya, Munadel dan Ayoub turut ditangkap oleh tentera Zionis.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts