BAITULMAQDIS, 7 Jan 2018 — Seorang wanita Palestin cedera dipukul oleh polis Zionis yang menghalang satu perhimpunan aman berdekatan Bab al-Amoud di kota suci Baitulmaqdis.
Puluhan wanita menyertai perhimpunan solidariti ke atas Israa Jaabis, 32, yang dijatuhkan hukuman penjara selama 11 tahun oleh sebuah mahkamah Zionis di Baitulmaqdis pada bulan November lalu.
Jaabis yang berasal dari Jabal Mukabber di Baitulmaqdis Timur cedera parah pada 10 Oktober 2015 apabila tong gas meletup yang diletak di belakang keretanya meletup, hanya 500 meter dari satu sekatan tentera. Rejim Zionis mengeksploitasi insiden tersebut dengan menuduh beliau cuba meletupkan bom, lebih-lebih lagi selepas seorang anggota Polis Zionis cedera apabila api dari kebakaran kereta tersebut merebak.
Muka dan tangan Israa melecur teruk, di mana lapan jarinya terpaksa dipotong.
Keluarga Israa berkali-kali menjelaskan bahawa beliau telah membawa tong gas memasak kerana sedang membawa barang-barang berpindah ke sebuah rumah baharu. Bagi mengekalkan status beliau sebagai penduduk Baitulmaqdis, Israa menyewa sebuah apartmen dan memunggah barangan serta perabut menggunakan keretanya sendiri sejak beberapa hari.
(PIC)



