Wanita Palestin Di Tangkap Kerana Enggan Membuka Pakaian Ketika Pemeriksaan Tentera Yahudi

18 Nov, Hebron – Pasukan tentera Yahudi Zionis, pada Selasa (17/11) telah menangkap seorang wanita warga Palestin dari kota Hebron, selatan Tebing Barat, setelah  wanita itu menolak untuk menanggalkan pakaiannya saat pemeriksaan dijalankan di jalan Syuhada, Hebron.

Wanita_Palestin Di TangkapSumber menyebutkan, pasukan Zionis menangkap Ummu Wusam (40 tahun) yang tinggal di daerah Tel Ramidah, setelah pasukan Zionis memaksanya agar beliau menanggalkan pakaianya untuk diperiksa. Namun beliau menolak mentah-mentah permintaan askar Yahudi tersebut. Penolakan itulah yang menyebabkan beliau ditangkap pasukan Zionis.

Sumber menambah lagi, sebelumnya pasukan Zionis menangkap seorang warga Palestin, Dovasy setelah disiksa terlebih dahulu dan dibawa ke pusat tahanan polis di wilayah permukiman Zionis, Keryat 4, sebelah timur Hebron. (asy/infopalestin)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts