Wanita Palestin diculik ketika melawat anak dalam penjara Zionis

AL-KHALIL, 12 Ogos 2019 — Tentera penjajah Zionis hari ini menculik seorang wanita Palestin dari bandar ath-Thaheriyya di barat daya al-Khalil, ketika beliau melawat anaknya yang dikurung dalam penjara Hadarin.

Siham al-Battat, 59, ditangkap ketika melawat anak lelakinya, Haitham al-Battat, yang sedang menjalani tiga hukuman penjara seumur hidup.

Siham sendiri merupakan seorang bekas tahanan politik, di mana beliau ditangkap pada tahun 2015 dan diinterogasi serta didera dalam tahanan.

(IMEMC)

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts